I'm Appriciate Who Are Love My Blog

Saturday, May 5, 2012

Mencapai Cinta Suci ... Tapi saya ...

Assalamualaikum.

Hai muslimin dan muslimat. Entry kali ini cakap pasal cinta. Aik cinta lagi si Anati. Macam orang putus cinta je. Aissshhhhh~ Diam. Nak tunjuk something ni. Okay,sememangnya tipu kalau nak cakap Anati tak pernah bercinta. Tapi sekarang dah tak. Sekarang tunggu seorang lelaki yang Allah pertanggungjawabkan untuk jaga saya je. Itu rasanya terbaik kan. 

Cinta memang susah kalau nak ungkap dengan kata-kata. Ada cinta dusta dan cinta ikhlas. Tapi cinta yang amat teragung saya rasa,cinta pada Allah. Jadi kalau kita nak jodoh yang baik dan soleh\solehah. Kita juga perlu perbetulkan diri kita dulu kan? Hmm.. Bukan senang kita nak memenangi cinta suci kan? Macam kita cinta kat orang tapi orang tu tengok juga personaliti kita. Terfikir juga,Allah pun macam tu jugak,nak dapat cinta Dia mestilah dia nak kita dekatkan diri padaNya dan jauhi laranganNya. Mesti dapatlah kemanisan iman. Allahh Akhbar. Sememangnya bukan mudah juga nak dapat Cinta Agung. Hanya yang terpilih,InsyAllah,memang Allah akan melindungiNya. 

Anak muda dikasihi,
Saya tahu bagaimana rasa putus cinta. Hati dirobek tapi tak usah lah kita mencederakan diri kita untuk mendapatkan kembali orang yang kita sayang. Oh,Allah. Betul ke  hati sayang?  Atau saja nak merasai nikmat cinta? Dan jangan lah korang berdendam dengan pasangan korang. Sampai orang lain jadi mangsa kamu permainkan hatinya. Kalau tak cinta,usah bercinta. Biar orang mengata cakap kita ini tak Hot lah. Muka cun tapi takde couple. Why? Garang kot .  Kaki control kot . Biar orang tengok pada luarannya. Biar orang sibuk bercerita kisah silam kita. Allah sahaja yang bagi kita peluang kita berubah.
Dengan CINTA, Allah dapat menguji keimanan seseorang. 

Capailah cinta Allah,cinta kepada Rasul kita,agama kita,ibu bapa dan keluarga.

Pada mulanya,
Memang susah seseorang nak berubah ke arah kebaikan,kan? Berbagai ujian perlu kita tempuh. Lepas satu lepas,satu lagi datang. Tapi dalam kepala saya,saya fikir tentang kesusahan orang lain di luar sana. Dari situ,dapatlah kekuatan saya. Saya tak kan lemah sebab cinta. Bagaimana saya merindui seseorang. Oh,Allah masih ada. Biarlah Allah dengar rintihan hati kita. 

Sekarang ni,
Saya sebagai admin,berasa sedikit nikmat hidup tanpa couple. Kawan lelaki ramai. Tapi saya tak ada melepak,merempit. Just berbual seperti sahabat saling mengingati. Tak salah bukan? Kadang-kadang Allah jadi kan kita berbeza. Saya dilahirkan berbeza, ramai adik beradik lelaki. Tapi saya tak kasar seperti lelaki.
Saya bukan kaki maki juga. Saya garang pada lelaki, saya tak nak lelaki mendekati saya hanya permainkan hati. I'm not like that type. If you want some,go to another person but not Siti Anati Sarah. 

Kadangkala,
Seorang perempuan seperti saya memang perlukan cinta,peneman. Saya pun sudah hampir ke alam dewasa. Saya kena matang dengan perjalanan hidup saya. Sekarang perlu fokus pada pelajaran. Saya tahu ada seseorang sedang menunggu saya. Tapi yang itu, saya berserah pada jodoh Allah. Saya boleh terima lelaki bukan sekadar berkata cinta di bibir. Hati,perasaan dan janji dia pada Allah dan kedua ibu bapa saya.
Kalau nak menakluki hati saya,berdoalah agar hati ini sentiasa di buka. Saya bukan gatal atau apa. Tapi biarlah kita nak bercinta lepas ni kerana Allah. Tapi after akad "aku terima nikahnya"..
Barulah bermula cinta suci antara dua hati yang telah bersatu.

Jadi sebagai kaum Hawa,
Saya nak seorang lelaki tu datang kepada saya bukan untuk pakwe. Its no more. 
Tapi mungkin juga saya terkejut kalau di pinang secara mengejut. Haha. Lagi-lagi dengan orang tak kenal langsung. Tak pun dulu gaduh-gaduh an. Tapi biar lah lelaki yang nak saya gentleman. Dengan niat memperisterikan saya serta sanggup memegang tanggungjawabnya. Bersama susah senang. Okay?

InsyaAllah,Allah maha Adil. Allah perancang yang Terbaik. Berdoalah selagi boleh dan bertawakallah.
Cinta ke syurga bila kita mengutamakan Allah di hati masing-masing.

Dan di sini saya nak tunjuk seorang blogger sudah berkahwin pada usia 20 tahun. Dan dia tak mengenali lelaki itu.   Bacalah entry dia okay? Her love story always make me jealous. HAHA! Dia merupakan kakak senior classmate saya. 



Indahnya percintaan bila kita meminta dari Allah dan menjaga dengan baik. 
Sama ada melalui lidah,hati dan juga apa sahaja nikmat Allah telah berikan. Allah sentiasa ada. Maha Adil.

No comments:

Post a Comment