I'm Appriciate Who Are Love My Blog

Tuesday, May 15, 2012

Hidup Ini Tak Lama Sebenarnya

Assalamualaikum..

Hai,pagi-pagi saya tak tahu mimpi apa buat entry macam ini. Tapi entahlah.. Boleh dijadikan iktibar kot. Macam biasa setiap manusia ada melakukan kesalahan. Ouh,sebenarnya saya pun memang tak terlepas.
Sebenarnya, rasa bersyukur sangat Allah panjangkan umur admin ni sampai sekarang masih berdegup nadi,nafas pun okay lagi. Bismillahirahmanirahim..

Sebenarnya in fact of my life, saya bukan dilahirkan dalam keluarga penuh alim warak. But in case,belah family ayah,dia agak sosiality ,family mak most of them memang ada yang warak. Disebarkan dalam keluarga berbeza tradisi. Susah lah. Tapi alhamdulillah ,Allah bagi aku peluang mendalami hidup secara islamik. Jadi, saya hidup saya kena bijak merubah diri saya menjadi lebih baik. Ya, setiap malam saya memang akan terfikir kalau bukan kita sendiri yang nak berubah, siapa lagi nak ubah kita ?

Kata orang "iman tak dapat diwarisi" kecuali kalau kita  memang di didik dari kecil dengan keluarga serba sempurna, memang rasa bersyukur bukan? Jadi, if kita memang kekurangan ilmu agama. I'm not blame my parents because they're sacrifice a lof of their love to children. I've 8 siblings. Tentang kehidupan saya, banyak dah saya tempuhi but i'm not expect kalau ia tak lah sesukar mana dibandingkan orang lain. For me, ia betul-betul buat saya terjaga. Saya melakukan perubahan pada diri saya. Start nak masuk 18 tahun. Why? Sebab pengalaman mengajar saya. Menguji kesabaran. Dulu-dulu saya ada juga skip solat. Now,alhamdullilah.. "Setiap perubahan,pasti ada ujian,setiap ujian pasti ada hikmah." Teringat kata-kata ini. Memang nak berubah perlu istiqomah dan tawadduk, bermacam-macam ujian kita kena melintas. Okay, memang tak disangkal, satu hari tu menangis sebab tiba-tiba down tapi alhamdullilah dapat balik kekuatan.

Dulu saya open off bila berhijab tapi saya tak adalah pakai skirt atau baju tanpa lengan keluar rumah. Segan lagi. Mungkin saya terikat dulu masuk tarian tu semua. But now slow-slow kekalkan hijab. Cuma kali ini perlu berhijab di rumah sebab saya ada "brother-in-law". Yang ni susah sikit. Guess what? Tiba-tiba datang rumah, arghh .. Memang tak sempat capai tudung. Kadang-kadang masuk bilik . Tapi sedang diperbaiki. InsyaAllah,boleh. Mujurlah saya ni jenis berpakaian tebal pun tarak kesah. Saya membiasakan diri pakai jubah. Okay,certain orang fikir orang berjubah baik. Janganlah macam tu, diaorang manusia juga meyh. Bagi saya niat saya berpakaian macam tu,baju tu tak ketat, tak jarang. Lagi pun menutup aurat tu wajib. Jadi saya tak kisah apa orang nak perkatakan. Sebab saya berubah bukan nak pujian mahupun sebab lain. Biar lah niat kerana Allah. 

Nak sesuatu perubahan saranan saya ialah kamu semua perlu bersedia hadapi apa jua dugaan yang datang. Dan sentiasa mohon dariNya. Tak semua kita boleh meluahkan dengan kata-kata. Seriously, now i feel my world awesome. Have a guide. Pleasure, ya Allah. Hati mesti kuat , tabah. Semoga semakin hari semakin banyak lagi guide love from Allah. 
Thanks to my mom, sebab dia selalu belasah saya dari kecik. Haha. Ingat lagi saya cakap "bodoh" kat abang saya. Habis mulut,pipi saya dicubit hingga lebam dan bengkak. Haha. Okay betul-betul mengajar kot. Well, keras kepala. Pergi sekolah semua tanya. Saya cakap, "saya chubby ,makan banyak". Muahaha!
Anak bapa macam ni lah. Manja gan ayah. Tak pernah di pukul pun. Wink wink. My mom yang garang.
But Alhamdullilah,dah besar sikit-sikit jadi manusia lah. Cuma untuk mencapai solehah nya belum lagi.
Itu kerja Allah. Nak solehah di mata Allah. Saya taknak orang yang judge. Saya nak jadi diri saya, ada pegangan hidup.
Dan saya jadikan "Akidah tanpa Ibadah Wawasan Syaitan" dan " Cinta selepas Akad".
Sama-sama kita berdoa pada Allah supaya beri petunjuk. Dan ingat ajal lah selalu, cinta pada Allah is really awesome, dengan manusia kita boleh cari dan nak awesome bila dapat keredhaan Allah. 
Believe Allah, i'm sure you will get it.



Kata-kata hikmah untuk entry ini :

"Allah mengampunkan apa yang terdetik dalam hati 
seseorang Muslim selagi tidak mengucapkannya atau melakukannya".


#Selagi kita bernafas, pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah suka orang muda (shabab) sepeti kita taubat.
Alhamdullilah.


2 comments:

  1. artikel tulisan yang baik,,nice post slam kenal

    ReplyDelete
  2. mudahan apa yg dihajati tu dimakbulkan... free lawat blog sy ek Dunia Infiniti..

    ReplyDelete