~السلام عليكم~
Sudah lama tak update entry ni kan? Gonna miss my entry? Thanks a lot. Okay,pada malam Jumaat ini, saya menulis entry pasal "pemegang nama". Apa maksud tu? Well , maksud nama saya "Ketabahan dan lemah-lembutku" serta "suci dan gembira". For the latest my stories: Saya di dapati di sihir oleh someone. But i dont know who are him. Tapi seperti kita tahu. Allah selalu bersama kita. Ya,agak terkejut mendapat dugaan ni. Tapi sikit pun, alhamdullilah. Allah tetap pada hatiku ini. Di hantar daripada seorang lelaki yang didapati sangat busuk hati actually i guess. Hantar untuk mengunci peranakan saya serta menyuruh jin tersebut menyesatkan saya. Alhamdullilah, Allah lagi Berkuasa dari segalanya. Melindungi aku~
Saya sampai tak boleh nak belajar , serta kehilangan selera makan. Ya Allah,sangat menduga sebenarnya kerana lagi 2minggu nak MUET exam ,after that final exam. Allah, semua tu sangat berserah kalau result sangatlah teruk.
1st detected: 1 kejadian histeria di sebelah dewan. Saya mengigil dalam dewan sampai menangis dan tak boleh berjalan.
2nd detected: Saya kena histeria around 11.30 pagi. Waktu lepas habis kelas sains komputer. First, badan terasa sangat lah berat. Baca yassin,tangan dah mengigil, mulut pulak banyak sangat tershashul semasa baca. So,saya memang detect okay, "YOU COME NEAR ME AND WANNA DISTURBING ME". Baca ayat Qursi dalam hati. Muka dah nak menangis. Tiba-tiba nak turun tangga, okay dah keluar air mata. Then kaki macam orang lumpuh tak ley nak berjalan. Terus member-member bawa pergi masuk surau. Time tu semua lah mengigil. Then starting menjerit histeria when kawan aku kat sebelah tiba2 menangis. Agak agresif lah "benda " tu dahlah degil nak keluar. Di lepak kat hulu hati ,when ustaz start tekan dan baca-baca. Memang berdesing telinga korang nak dengar jeritan tu. Sebab saya tak pernah menjerit,suara saya halus. Lama juga lah. 1jam lebih juga. Dah lah lari tengah-tengah padang sambil menjerit. Budak juniors semua lari lintang pukang.
3rd detected: Timing after Maghrib prayer. Start meracau,rasuk tu semua. Yang ni lagi lahh. Muntah bermangkuk-mangkuk. Muntah bau busuk. Tapi time muntah tak rasa senak perut pun. Seriusly, memang lemah.
Tak tahulah nak cakap apa. Tapi siapa yang berdamping gan jin dan syaitan. Bertaubatlah segera. Mungkin hari ini kau sihat walafiat,esok lusa?
Dan kau lupa Allah akan menolong hamba-hambaNYA.
AlQuran peganganku:
Teknik Merawat Orang Yang Kena Sihir:
Firman Allah s.w.t yang bermaksud. :
“Dan Kami turunkan dari Al Qur’an suatu yang menjadi penawar (penyembuh) dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman.” (QS. Al Israa’:82)
Sesetengah ulama mengatakan bahawa maksud 'syifa' (penawar) di sini ialah syifa' maknawi (ubat
spiritual) seperti keraguan, unsur syirik, kefasikan dan kejahatan. Ada juga mengatakan syifa'
maknawi sekaligus sebagai syifa' hissi (ubat fizikal).
Dalam hadis yang diriwayatkan dari A'isyah r.ha. bahawa Rasulullah s.a.w. masuk kepadanya ketika
ada seorang wanita yang sedang dirawat dan dibacakan ruqyah, lalu Rasulullah s.a.w. bersabda
kepadanya:" Ubatilah dengan kitab Allah.'
Dari hadis di atas dapat diperhatikan Rasulullah s.a.w. menyebutkan secara umum dan baginda
tidak menyebutkan ayat-ayat tertentu atau surah-surah tertentu. Dengan itu jelas sekali bahawa alQuran seluruhnya adalah syifa' (penawar/ubat). :')
#tapi keredhaan sesuatu dugaan amat penting. Jadi, aku harap aku kuat untuk menangani. Kesembuhanku tu dengan keizinan Allah. sesungguhnya Allah pemberi sakit dan akan penyembuh penyakit. Kita cuma boleh berikhtiar.
Titipan doa rakan-rakan blogger diperlukan. :) Aamin~
No comments:
Post a Comment