I'm Appriciate Who Are Love My Blog

Tuesday, May 1, 2012

Perkahwinan Awal VS Couple

Assalamualaikum..

SubhanaAllah,rindu sangat sudah lama tak post entry. Ya,mungkin tak ramai sudah yang membaca blog ini. Kali ni tajuk entry kita , "perkahwinan awal VS couple". Okay,tak dapat disangkal lagi admin jugak pernah bercouple. Bercouple iaitu berpasangan. Biasalah darah muda kan,mahu ada pasangan,kalau tak ada tak best lah kan. Bagi pandangan orang muda. Tapi banyak keburukan bercouple. Lagi seksa yang sudah lama menyulam cinta akhirnya ke cundang. Nauzubillah ~
Saya di sini agak pelik kenapa ibu bapa abaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka. Lagi-lagi, anak-anak berhasrat untuk berkahwin awal. Tak salah rasanya jika mereka benar-benar sudah sedia memikul tanggungjawab masing-masing. Lagipun, Allah pun lebih suka orang muda berkahwin awal. Ia dapat mengelakkan pelbagai maksiat. We should know their advantages. 

Berkahwin muda tidak menjadi masalah untuk belajar jika ada di antara pasangan saling menyokong. :)

Usia "shabab" atau belia remaja adalah waktu yang sesuai untuk mendirikan rumah tangga berdasarkan seruan Rasulullah S.A.W:

Maksudnya:


 "Wahai pemuda (belia) sesiapa mampu dikalangan kamu untuk (berjima') maka berkahwinlah,sesungguhnya ia menundukkan pandangan kamu,memelihara kemaluan mu (kehormatan) dan bagi sesiapa di kalangan kamu tidak mampu maka hendaklah berpuasa.Sesumgguhnya ia adalah pencegahnya."

SubhanaAllah,Islam itu memang mudah. Saya tahu pelbagai alsan anak muda untuk berkahwin awal adalah masalah kewangan. Kalau kita bercouple dan akhirnya ke jinjang pelamin. Hendaklah dosa semasa couple perlu di mohon keampunan pada Allah S.W.T
Jika masalah kewangan ,mahal sangat kah mahar yang ditetapkan? Rasanya ia mampu untuk kita. Cuma untuk majlis persandingan. Ia bukan lah wajib bukan? Ia suatu adat. Lagipun buat apalah kita sewa baju mahal-mahal untuk tatapan umum dan ia juga telah mengganggu waktu solat bukan? Ini cuma pandangan saya sahaja.
Lagi pun Allah suka hambaNya bersederhana. :)

Memang tak dapat di bendung,zaman sekarang ramai bercouple malah ia sudah pun menjadi trend. Pernahkah kita bertanya pada diri kita adakah pasangan kita benar-benar mencintai kita? Jika hati ikhlas. InsyaAllah,Allah maha Adil. Dia akan menolong seseorang yang bertaqwa dan berniat baik. 

Bagaimana jika seseorang itu mencintai seseorang tapi menundakan perkahwinan?

Menunda perkahwinan menurut Syeikh Muhamad Bin Shalih Al-Utsaimin adalah sikap yang bertentangan dengan perintah Rasulullah SAW: 

Rasulullah SAW bersabda:

 Jika seorang lelaki yang engkau sukai agama dan akhlaknya melamar, maka nikahilah dia (dengan puterimu). Jika hal itu tidak kamu lakukan, maka akan ada fitnah di atas bumi dan kerosakan”

Rasulullah SAW juga bersabda:

” Wahai para pemuda, barang siapa di antara kalian yang memiliki kesanggupan, maka hendaklah dia berkahwin. Kerana sesungguhnya berkahwin lebih menjaga pandangan dan lebih memelihara kemaluan.”



Saya sebagai admin saya tiada kuasa nak melarang sesiapa bercouple,tapi sebagai manusia mempunyai akal. Manusia sebaik-baik kejadian. Why not kita ubah apa yang biasa itu? Dan ada kebaikan. Mana tahu syurga dah di tetap kan? :)


Sampai sini sahaja penulisan saya. Selamat Beramal pembaca sekalian. :)


Ingatlah :
"Inna ma a'malu bin niat "



No comments:

Post a Comment