Assalamualaikum.
Hai bloggers. Well,dah lama tak update. Tapi saja update bosan punya pasal. Ye hari ni saya start balik menaip blog saya. Lepas banyak sangat berlaku pada saya. Alhamdullilah, Allah sentiasa nak tunjuk dosa saya , salah saya . Saya tak menyalahkan orang-orang yang pernah hadir dalam hidup saya. Sekarang hidup makin tenang. Dengan mendekatkan diri pada Allah balik. Manusia, iman kadang-kadang goyah. Sekali terjatuh siapa mampu bangkitkan kita? Kadang-kadang orang kita sayang pun tak mampu. Jadi kita sendiri kena bangkit.
Saya amat menghargai nasihat-nasihat kawan saya. But then, saya ambil nasihat . Kerana nasihat itu berguna. Tapi untuk memaksa aku berubah. Thats not easy. Easy to talk, hard to do. Typical. Wuuu~ Buat masa sekarang sibukkan diri dengan benda menenangkan jiwa. Minta maaf pada orang kita pernah buat salah. Biar lah umur dah 20 pun, masih ada sikap yang tak patut diterapkan dalam diri. I'm try my best to change my behaviours. Kalau tak memudaratkan, saya rasa saya okay jadi diri sendiri yang serba tak lengkap.
Bila jumpa orang yang berlain citarasa dari kita. Banyak sangat kita menghakimi. Kalau yang baik, apa dia nasihat semua kata dia poyo. Kalau yang half nakal tu, buat baik sikit kita cakap dia buat semua tak betul. Well, dulu saya macam tu juga. Kadang-kadang terasa. Tapi sikap kita terasa tu, Allah nak ketuk pintu hati kita. Saya suka orang menegur saya dengan cara slow talk. Dekat diri gan saya. Kenal gan saya. Tak semestinya saya berpakaian serba sopan, saya perfect. Tak buat salah.
Saya berkawan , beramah dengan orang mungkin ada hikmah kenapa Allah beri saya macam ni. Dekatkan diri gan seseorang bukan je dapat kenal baik buruk dia. Bila kita tahu kita jaga maruah dia. Sebab kasih sayang Allah dah beri tu. Simpan elok-elok. Jangan rosakkan. Kalau nak menegur khususnya kaum Adam ni, suka sangat memerli. Kan lebih baik, privasi dan cakap baik-baik. Lagi-lagi nak tegur perempuan. Kita ni susah nak jaga hubungan dengan manusia. Sebab ia urusan kita sesama manusia. Allah tak ambil port. Kita kena pandai jaga, kalau buat salah minta maaf. Kalau tak ada pun minta maaf. Kata "maaf" sangat indah. Macam kita , kita nak dekat gan Allah. Sentiasa minta ampun lepas solat kan?
Maaf kata saya, saya jahil lagi bab agama. Tapi apa saya tahu dan kebaikan harus dikongsi. Saya bukan nak berlagak ada ilmu ke apa. Kalau tak kongsi ibarat saya kedekut ilmu Allah. Kalau yang baik itu kita sembunyi, sangat lah rugi. Kalau saya nak diri saya baik. Saya pun nak orang lain juga baik. Baru best. Kata orang syurga itu luas, kita masuk ramai-ramai pun masyuk. Kan?
Saya nak berkawan dengan sesiapa sahaja. Janji saya jaga ikhtilat saya. Saya dalam percubaan. Usaha. Ramai akan perlekehkan. Tapi kata kawan saya, Allah lagi tahu siapa kau. Kau pun tahu siapa kau. Mereka yang menghakimi itu, anggap sahaja tak wujud. Kalau jatuh, bangkit cepat-cepat. Cari kekuatan. Tak kisah. Tapi cara saya cari kekuatan dari senyuman ibu bapa, kegembiraan ahli keluarga, borak dengan kawan-kawan pelbagai ragam, menangis dalam doa. Tangisan seseorang perempuan mahal. Tak mungkin nak ditunjuk dikhalayak lagi. Biar lah Allah tahu penceritaan hidup. Tiada noktah sampai nafas terakhir.
Yang paling menyedihkan hati, tak pernah terdetik membangga diri atau nak memandang orang lain. I never said i'm perfect. I'm sinner. Pardon me. But who's said like that , I think you should change your negative thinking. You should try. Come on. :)
Sampai sini sahaja saya nak taip. Saya main taip je. :)
Hope, ada isi dan sesuatu kebaikan. Assalamualaikum readers.
Ukhwah fillah~
sabar ye anati sarah , mulut org kite tk bole nak tutup . nie ujian Allah , dia nak tgk tahap kesabaran and ketabahan kite hadapi ujian-Nya . tanpa merekamereka yg buat cerite tu , kite tk lalui dan cuba menghadapi ujian Allah :) insha Allah , Allah always with us . keep smiling and doa pada Allah . :')
ReplyDeleteps: kite sama actually , people keep judging me .
Bila nak update blog lagi?
ReplyDelete