Assalammualaikum..
Hai semua pembaca.Okay,perasan ramai pembaca ek.Haha.Takla,siapa yang baca,aku cakap hai lah.Pagi yang serba indah dengan panas terik di pekan Banting ni.Aku nak cerita pasal "Apa sebab aku tulis Post Entry Aku Begitu."
Pasal Facebook,aku pasti korang kenal lagu si Najwa Latiff yang lagi muda dari aku tuh kan.Yang "Cinta Muka Buku". Okay tak dinafikan lirik dia yang tersergam indah kat dada aku sebab aku pernah dapat Cinta Muka Buku tapi tak kekal,tak ada jodoh.Okay,clap your hands for me and say serve you ,Anati.Hahaha~
Tapi akhir-akhir ni aku tengok memang ramai yang dapat Cinta Muka Buku.
Sampai roomate aku pun dapat pengisytiharan itu!Lovely.Apa aku dapat detect, banyak juga keburukan.Lagi-lagi pasangan yang baru melangsungkan perkahwinan.Ekhem..Apa pasal gan dorang?Okay,ramai CURANG!Ada nak ngurat perempuan lagi cantik apa yang dia dah dapat tak reti bersyukur konon handsome lah sangat muka kau tu kan.Perempuan pun sama,konon dah hot sangat dengan perangai gedik,muka tak lah market,cuma pandai dress up je.Apa pun nampak leee cute sikit.Buat banyak-banyak Muka Buku,nama lain-lain."In relationship" gan orang lain.Tu belum tengok lagi messages yang ada kat inbox ,entah-entah couple korang menggedik-gedik.Aucchh! Mendukacitakan!Lagi-lagi,couple dia yang setia,tulus ikhlas tu tak ada Muka Buku ,ingat couple dia setia tapi.... Allah je tahu .Wei,sedar lah.Belajar lah setia dan bertanggungjawab.Lagi-lagi yang lelaki tu suka berjanji tapi memungkiri janji.Kalau tak ley buat jangan janji okay. Sedih hati awek kau/isteri kau tuh.
BBM,okay.Nasib aku pakai handphone cikai.
*handphone aku yang cute.haha!
*Blackberry
Okay,apa ada pada BBM Blackberry.Aku tahu dunia dah maju.So,kita pun nak maju.Majukan diri.Tonjolkan diri supaya menjadi TOP MODEL yang tak berapa nak model sangat.Dengan meminta no PIN dan senang melayan mana-mana stranger . Okay,agak moden gaya begitu.Haih~ Aku tak tahu nak cakap apa lagi pasal teknologi sekarang.Canggih tapi tak brilliant.
Twitter,okay sekarang ramai orang gila akan Twitter.Fuyoo,siapa ramai follower dia lah hot macam artis gitu.Ouhoo~ Dulu Facebook terkenal,ramai tinggalkan Myspace.Ni Twitter ada,ramai tinggalkan Facebook.Okay,aku tahu laman sosial ramai orang kembangkan bakat.Pelbagai ~Actually,bagi pasangan sudah berkahwin.Haram kot si suami membiarkan sang isteri berposing sakan.Lagi-lagi kalau gambar-gambarnya agak ****** .Twitter ni jugak boleh gak ramai putus kat Twitter.Kat Facebook bercinta.Kat Twitter putus sebab terbongkar sudah dorang punya rahsia.HAHAHAHA!
Udah-udahlah bercinta gan ramai manusia.Biarlah cinta kita pada Allah,Nabi kita,keluarga kita serta orang yang mengasihi kita seadanya.Aku bukan nak cakap apa.Tapi dengan adanya laman sosial ramai dah lalai dan lupa tanggungjawab mereka masing-masing.Aku respect dengan teknologi terkini tapi aku tak hadap semua tu pun.Aku sendiri ada laptop tapi aku tak hadap mana pun.Aku juga nak kamera tapi tak terhinggin pun Camera DSLR.Aku pun terhinggin nak BB tu tapi aku try teka-tekan.Sangat menyusahkan.Biar hidup sederhana.Janji hati happy tanpa buat salah pada orang lain.
*Maaf andai sesiapa terasa itu ye.Saya just bagi peringatan sesama manusia.


Setuju!
ReplyDelete