Okay guys.Next entry.Chupchuppchuppy~
Setiap manusia ada perasaan iri hati,jealous,busuk hati dan selebih yang sama meaningnya itu.Okay aku pun ada.Ya la,aku ada jealous juga bila orang bersama-sama gan orang tersayang.Tak kiralah family ke soulmate dorang.Jealous lah juga.Aku pun nak gembira.Gelak-gelak..Tapi sayang..Dugaan datang,hubungan tidak kekal.Tapi aku harap Allah cuma nak beri yang terbaik untuk aku.
Sesiapa pun aku bercinta,aku sentiasa nak jadi terbaik.Kalau lah jodoh aku sampai awal.InsyaAllah aku nak jadi terbaik.Aku nak sangat hubungan aku lepas ni kekal.
Kalau betul lah sayang aku,aku nak orang tu fikir sejenak.Sanggup ke dia jaga aku?Terima aku seadanya?Aku bukan memilih tapi cuma berhati-hati.Ya,aku tahu aku mampu merancang.Allah tentukan.Lagipun aku bukan jenis senang nak jatuh hati kat orang lelaki.Dan aku perlukan lelaki yang jujur dan setia.Fullstop.
Berbalik pada topik,
Aku cemburu bila baca orang tu happy gan orang ni.
Aku cemburu bila aku tengok orang tu mesej dengan tersayang.
Aku cemburu bila nampak sweet couple sedang bergurau senda tanpa melanggar batasan.
Aku cemburu bila aku dapat tahu hubungan dorang menjadi halal.
Ya Allah,hilangkan sifat cemburuku itu sejauh-jauhnya.Aku tahu suatu hari nanti,kau buka pintu hati aku dan kau kirimkan yang terbaik buatku.
Aku pasrah dengan takdirMu selama ini.
Tangisanku hanya kau mampu mendengarnya.
Kadang-kala kerana cinta duniawi ini,aku bersedih.Ia amat merugikan.
Tapi apa aku mampu,berdoa padamu agar hilangkan semua itu.
Dan aku boleh hidup tanpanya.
Sampailah tiba jodohku dan aku diakad nikahkan.Insyaallah kalau ajalku tidak sampai lagi.

jujur :)
ReplyDelete