I'm Appriciate Who Are Love My Blog

Wednesday, November 2, 2011

Andai ku Tahu RahsiaNya

Cerita ini bermula tanggal bulan Mei 2011.
Ini bukan kisah cinta monyet tapi ini adalah kisah anugerah yang diberi Allah pada seseorang hamba.


Cerita ini bermula dari laman sosial,Facebook. Seorang gadis comel bernama Dania Afiqah yang bakal  mendaftar diri ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Dia seorang yang lebih dikenali Niyaa. Niyaa seorang pelajar yang boleh digelar Addicted sosial network. Niyaa pelajar mengambil jurusan Tasawwur Islam. Dua minggu sebelum Niyaa bergerak ke UIA. Saat dia sedang asyik meng-Online-kan diri di Facebook. Ada seorang lelaki meng-Add-kan diri sebagai kawannya. Disebabkan lelaki tersebut ada mutual friends Niyaa, iaitu sahabat karibnya. Niyaa pun click kan sahaja ‘ button Approve’ itu. Lelaki asing itu tiba-tiba memberi mesej ke Inbox sebagai tanda perkenalan. Niyaa pada mulanya berasa hairan. Kebetulan Niyaa ketika sedang bosan menghadap laptopnya. Dia layankan sahaja mesej dari lelaki itu. Tiba-tiba Niyaa baru terfikir dan bermonolog sebentar.

''Kenapa lelaki ni mesej aku?''

''Aku macam kenal je laki ni,tapi kat mana ya".

Memandangkan Niyaa seorang yang selamba. Dia menjawab salam tersebut dan dia tak tahu yang dia pernah terjumpa lelaki tersebut. Rupa-rupanya lelaki itu adalah bekas teman lelaki kakak kepada ‘Bestfriend’ dia. Jadi,Niyaa terkejut dan berasa tak sangka atas perkenalan tersebut. Memandangkan lelaki itu lebih tua dari Niyaa. Dia iaitu lelaki itu layak di gelar Abang.

Hasil daripada Inbox Messages Facebook:
Lelaki: Hai :)
Niyaa: :)
Lelaki: Sorry ganggu.
Niyaa: Kebetulan saya bosan ,nasib baik ada hati nak approve awak :)
Lelaki: :)
Niyaa: Saya rasa macam pernah lihat awak,tapi kat mana ya.

Punya lah Niyaa skodeng profile lelaki tuh.
''Ya Allah,mamat nih rupanya''.

Sambungan Inbox:
Niyaa: Awak kenal Ikmal?
Lelaki: Haah.Keenapa ya?
Niyaa: Dia kawan baik saya :)
Lelaki: Kakak dia kawan saya :)
Niyaa: Ouh,you means Kak Ija?
Lelaki: Ya. :)
Niyaa: Okay.
Lelaki: Nama awak siapa?
Niyaa: Kat Facebook dah tulis?Lagi mahu tanya?
Lelaki :I means, your nickname?
Niyaa: Just call me Niyaa.

Banyak juga yang ditanya lelaki tu sampai lah satu hari tu lelaki tu minta nombor telefon. Niyaa rasa berdebar.
''Arghh,Ya Allah adakah aku jatuh cinta lagi?''
''Allah,adakah dia untuk aku?''

Niyaa hanya berharap hubungan mereka tidak serius mana. Akhirnya,Niyaa menyarankan lelaki budiman itu memberikan sahaja nombor telefon dia. Malam tu,Niyaa misscall lelaki itu. Dengan hati yang girang,lelaki itu membalas sahaja misscall itu.
Saat itu hati Niyaa berbunga untuk bercinta buat kali ke 2. Perangai lelaki itu betul-betul buat Niyaa tertarik.

Sudah seminggu mereka mengenal hati budi masing-masing,tetapi hati Niyaa belum untuk berkasih dengan mana-mana lelaki.Lagi pula,Niyaa sudah kena bersiap untuk further her studies di UIA beberapa hari lagi.
Saat Niyaa membuat persiapan dari segi mental dan fizikal,tiba-tiba Niyaa menerima mesej dari lelaki itu.



Hasil dari mesej mereka:
 ''Hai :)''
''Hye''
''Boleh tak saya jumpa awak?''
''Err,esok?''
''Okay,saya tunggu awak kat Alamanda ya?''
''Okay,tapi saya bersama kawan karib saya,tak apa ke?''
''Tak apa.''

Niyaa terus menghentikan mesej tersebut. Nama lelaki itu adalah Danish. Danish mula menanti mesej dari Niyaa. Perasaan dia mula rasa resah dan gelisah kerana Danish sudah tertarik dengan personaliti Niyaa. Mungkin dia tak kenal dan tak pernah lihat Niyaa. Hanya Niyaa yang perasan dahulunya mereka pernah bertemu. Tapi hati Danish seperti orang gila bayang. Sampai dia menyanyi lagu Ternyata dari kumpulan Estrella dengan senang hati. Hati Danish benar-benar pada gadis itu setelah sekian lama hatinya dilukai oleh kekasih lamanya. Payah benar dia melupakan ,sampai mengambil masa 3 tahun. Tapi sekarang,mungkin tiba masa dia mahu bercinta semula.

Pada hari keesokannya, apa yang mereka planning tak menjadi. Apabila Niyaa sampai di Alamanda, Danish baru nak on the way nak ke sana. Niyaa hanya tunggu di kedai buku Popular itu sementara menunggu kawan baiknya,Azeem. Saat Danish sudah hampir sampai ke arah kedai buku itu. Niyaa terpaksa beredar dari situ menuju ke tingkat atas untuk menonton wayang. Danish berlari mendapatkan gadis kecil molek itu tapi sampai sahaja di hadapan kedai buku itu. Tidak kelihatan seorang gadis bernama Niyaa. Luluh hati Danish kerana tidak berkesempatan bertemu dengan gadis  itu.Lalu Danish beredar dari situ.
***************

Selepas habis dari menonton wayang. Niyaa baru sahaja memeriksa telefon bimbitnya. Dia baru perasan  banyak misscall dari Danish. Rasa bersalah Niyaa terpancar melalui muka dia. Niyaa dengan pantas menaip mesej dan meminta maaf  kepada Danish. Sementara itu,Niyaa berasa lapar, dia mengajak  sahabatnya makan. At same time,Danish call Niyaa. Niyaa pun menjawab.

''Hai,awak kat mana?''
''Saya masih di Alamanda ,mahu makan.Kenapa?''
''Ye ke?''
''Ye ,kenapa?''
''Tak ada apa.Hehe..''

Niyaa meletakkan panggilan itu lalu sambung makan.  Jam hampir pukul 7.00 petang. Memandangkan Niyaa tak boleh balik waktu sebelum Maghrib. Dia meminta Azeem menghantar dia pulang.Saat Niyaa sudah masuk ke kereta. Telefon bimbitnya mula keluar lagu Avril,I Miss You.

“Hello.”
“Hai,awak kat mana?Saya dah kat Alamanda,”dengan nada tercungap-cungap.
“Hah?!Awak ,saya baru sahaja keluar dari tempat parking ni.”
“Saya baru je nak jumpa awak,” balas Danish dengan nada yang penuh kesal.

Niyaa mula rasa bersalah. Dia tak tahu nak buat apa. Betapa ikhlasnya hati lelaki itu untuk mengenali aku. Tapi aku sikit tak hirau perasaan dia pada aku.Ya Allah ,kau bukalah pintu hatiku untuk dirinya. Danish berasa sangat kecewa kerana pada hari itu dia tidak dapat juga berjumpa dengan gadis itu. Sampai tak tidur malam dibuatnya. Tak tahu apa puncanya. Adakah rindu dihati ini? Adakah gadis itu berjaya mencairkan hatinya yang selama ini ego dengan perasaan cinta?  Melayang-layang fikirannya hingga matanya terlelap.

***********

Keesokan harinya, Niyaa sibuk dengan persiapan dia mendaftar ke UIA. Niyaa langsung tak menjenguk sikit screen telefon bimbit. Mungkin excited sangat untuk berdaftar. Sampai tak perasan ada lagi keperluan dia belum beli lagi. Cepat-cepat dia suruh kakaknya,Sofeea temankan dia ke Jusco untuk membeli kasut hitam untuk ke kuliah nanti. Selepas beberapa minit dia sudah bersiap ,deringan telefon bimbitnya berbunyi. Mesej masuk dalam Inbox.  Okay,nama tertera semestinya, Danish.






''Hai,morning Budak kecik.''
''Hai,orang tua,''balas SMS dari Niyaaa.
''Boleh tak kita jumpa?"
''Kebetulan saya nak keluar gan kakak saya pergi Jusco.Jumpa di sana ya.''
''Okay,tapi lambat sikit ya?''
''Suka hati,''

Dalam perjalanan ke Jusco, Niyaa rancak berbual dangan kakaknya. Mungkin dia tak mahu kakaknya salah faham dengan siapa dia berjumpa.Kakaknya meniyakan aje lah. Sebab dia tahu adiknya ramai kawan lelaki berbanding wanita. Sampai sahaja di Jusco,mereka berdua mencari kasut yang ingin dibeli Niyaa dan masuk ke kedai Watson untuk membeli keperluan peribadi yang tertinggal. Selang beberapa minit,kelihatan kelibat seorang lelaki sedang mencari-cari. Si Niyaa buat-buat tak nampak lelaki itu Danish. Alih-alih ditegur oleh Danish. Sofeea perasan ada orang lelaki mahu tackle dia padahal lelaki tu kawan adiknya. Sumpah merah padam muka Sofeea. Untuk kalis malu dia,Sofeea mulakan bicaranya. Bijak sungguh dia menyusun kata-kata propa dia tu. Inilah sifat adik-beradik yang sporting sahaja.

“Eh,aku ingat laki mana usha aku tadi,”bicara Sofeea. Muka Niyaa ketika itu sudah berubah pelik dengan perangai akaknya.
“Mana ada  kak ,”sampuk si Danish disusuli tawa kecil.
“Okay ,sekarang nak pergi mana?Aku lapar nih,”pintas Niyaa. Tiba-tiba pula hati dia jealous dengan kemesraan si Danish dengan kakaknya.
Lantas Danish terus memp
Niyaa hanya menganggukkan kepalanya tanpa memandang muka si Danish. Ya lah Niyaa kan pelajar lagi. Dia berusaha menjaga pandangannya.

“Menyampah betul lah laki ni nak jalan sebelah aku pulak,gigit juga kepala dia laju-laju”desis Niyaa.

Danish hanya tersenyum saja melihat gelagat Niyaa. Niyaa sememangnya gadis sunti yang comel dan manja. Lihat sahaja wajah Niyaa memang kadang kala nampak matured penuh ciri-ciri keibuan.Wajahnya yang mulus penuh keayuan memang boleh membuat hati para teruna terpegun. Tapi Niyaa tetap seperti gadis lain,walaupun bergaya dia tetap mementingkan Islamic Value dalam pemakaiannya. Niyaa juga bukan seorang jenis suka control ayu dan dia sememangnya depan lelaki nampak sifat matangnya.

“Siapa yang tak dambakan gadis comel macam ni,”Danish bermonolog sendirian.
“Hey!”tegur Niyaa.
“Berangan je tahu ya? Ingat bekas awek ler tu.”
Tersentak Danish yang ketika itu sedang berdiri seperti tak ada tulang belakang. Danish hanya tersenyum sahaja apabila disergah sebegitu rupa. Niyaa gelak saja lihat Danish. Jam pun sudah menunjukkan yang mereka sudah lewat. Lagi pula, Danish mahu menghantar stok barangan ke kedainya.
“Err,saya perlu balik lah. Dah pukul berapa dah ni,”celah si Danish.
“Okay juga.Saya dengan kakak saya pun dah penat dah jalan.Lagipun esok saya dah nak bertolak dari situ,”gurau Niyaa sambil tawa kecil.
 Lalu mereka pun beredar dari situ.

Setelah beberapa minggu, Niyaa sudah pun meneruskan pengajiannya di Universiti. Khabarnya dia dan Danish sudahpun menjadi pasangan kekasih. Mereka tidak seperti kumbang dan bunga. Sentiasa memerlukan. Niyaa tetap dengan sikapnya sentiasa berdikari walaupun dia sememangnya seorang manja yang sentiasa perlukan teman disisi. Lagi pula, ini kali pertama Niyaa berjauhan dari keluarganya. Dia hanya mengharapkan dari kekasihnya,Danish yang sentiasa menjaganya ketika dia sedang sibuk belajar. Hubungan mereka juga sudah dihidu oleh ahli keluarga Niyaa. Nasiblah keluarga Niyaa sporting janji mereka berdua tahu batas-batas agama. Mereka juga kadang kala mengambil masa untuk berdating tapi bukan berdua. Niyaa sering juga mengajak classmatenya untuk menemani,katanya dia tetap malu dengan kekasihnya. Danish juga tidak berpeluang dapat menatap mata kekasihnya. Kata Danish, dia amat suka akan mata Niyaa yang bukan saja lain dari yang lain malah mata Niyaa yang membuat hati Danish sentiasa merindui diri gadis itu. Setiap kali selepas mereka bertemu, hati masing-masing tetap merindui sesama mereka. Agaknya inilah dugaan pasangan kekasih muda. Tetapi hakikatnya,cinta tak selalunya indah di mata. Perit juga hati apabila dilukai. Selepas hampir setengah tahun mereka berkasih, Danish menghilangkan diri tanpa beritahu apa yang berlaku. Danish hanya memberitahu dia sakit,sakit yang takutnya tidak boleh disembuh. Malah Danish juga menyarankan Niyaa melupakan dia,pergi mencari penjaga hati yang lain.
Betapa seksa jiwa ketika itu. Niyaa yang baru berjinak dengan alam dewasa mahukan cinta dari seorang lelaki. Mahukan lelaki membimbingnya. Ya,Danish lah membimbingnya. Jika diikutkan hati,mahunya hati Niyaa membenci Danish tapi hatinya sayang akan lelaki itu. Selama mereka berkawan juga,tidak sah kalau mereka keluar bersama Danish akan mengajak dia solat dan Danish sentiasa menghormati Niyaa sebagai seorang wanita yang dikirimkan oleh Allah kepadanya. Hati Niyaa sayu. Niyaa tetap bernekad,dia tetap mendoakan kesembuhan Danish walau apa pun terjadi kemudian hari. Niyaa tahu dan Niyaa tetap tabah menghadapi dugaan ini semua. Dahulunya,hatinya disakiti oleh insan bernama sahabat. Kini,insan yang dia sayang pula menyakitinya. Dia redha dengan apa Allah dugakan . Dia tahu mungkin dia tak layak mendapatkan kebahagiaan di dunia yang fana ini. Niyaa terpaksa menyembunyikan perasaan sedihnya dari kawan-kawannya. Pelajarannya hamper juga merosot. Niyaa juga sering jatuh sakit. Entah apa yang tak kena pada badannya.Niyaa kadang kala terpaksa menyembunyikan perasaannya,dia pendam sampai dirinya jatuh sakit lalu dia pernah beberapa kali pengsan dan dikejarkan ke hospital. Begitulah kehidupan Niyaa selama dia hidup berdikari di negeri orang dan rindu dengan orang-orang yang tersayang.
Pada suatu hari, Niyaa sedang menuju ke kampusnya. Tiba-tiba dia ternampak seorang anak kecil. Comel wajahnya. Kelihatan Niyaa seperti rindu akan anak buahnya, AnatiSafiya. Budak kecil itu bermain di tengah jalanraya. Kelihatan satu buah bas sekolah hilang arah dengan kelajuan maksimum lantas Niyaa berlari ke anak kecil itu lalu menyelamatkan nyawa anak kecil itu tapi malang sekali Niyaa tak sempat melarikan dirinya. Bas itu merempuh dirinya. Terbaring sekujur tubuh kecil di atas tanah berlumuran darah. Orang ramai berkumpul di tempat kejadian. Niyaa yang separuh sedar hanya mampu ingat mati. Mengalir air matanya. Hiba hati dia,takut-takut dia menghembuskan nafas akhirnya tanpa orang-orang yang dia sayang disisi. Akhirnya,dia menutup matanya.
Selepas doktor pakar keluar dari bilik pembedahan,kelihatan semua adik-beradik Niyaa sedih atas kejadian yang berlaku pada diri adiknya. Niyaa ditempatkan di bilik yang penuh dengan mesin-mesin canggih. Amat hiba ketika itu. Apa yang mampu kedua ibu bapa Niyaa lakukan hanya membaca Yassin disisinya. Sudah beberapa hari Niyaa tidak bangun dari komanya. Sepertinya hanya mayat hidup yang dinantikan oleh ahli keluarganya. Keadaan Niyaa amat serius kerana dia kehilangan banyak darah. Dia mengalami gegaran otak dan hanya Allah tahu apa punca Niyaa tak sedarkan dirinya sampai seminggu. Tiba-tiba kedengaran satu suara seorang lelaki di muka pintu,tubuh yang sedang tegap berdiri di pintu adalah kekasih Niyaa,Danish. Beberapa bulan menghilangkan diri, Danish datang menjenguk Niyaa. Sayu wajah yang terpancar pada wajah Danish. Danish rasa amat bersalah atas apa yang dilakukannya. Dia bersalah kerana tidak menjaga kekasih hatinya dengan baik. Danish menghampiri Niyaa. Ahli keluarga Niyaa pergi hanya meninggalkan Danish dan Niyaa sahaja di bilik sakit itu.
“Dania Afiqah,bangun sayang.Saya dah datang.Bangun ya?”bisik Danish di telinga Niyaa.Tetapi tiada respon dari Niyaa. Hanya sepi yang menemani Danish di bilik itu. Pilu hati Danish.
“Dania,bangunlah.Maafkan saya tinggalkan awak ketika awak perlukan saya. Saya ada alasan tersendiri.Saya nak explain apa dah jadi.”
Akhirnya menitis jua air mata seorang insan bernama lelaki. Tak tertahan hati Danish melihat kekasih hati yang sanggup tunggu dirinya,bersabar menanti. Kekasih dicintai itu terlantar di atas katil,hanya mendiamkan diri seperti orang tak bernyawa. Berderai air mata Danish ketika itu. Tak terkata apa,apa yang mampu dilakukannya hanya doa mengiringi agar Niyaa sedar dan sihat semula. Betapa rindunya hati Danish pada Niyaa. Senyuman Niyaa yang boleh mengubat segala duka Danish. Mungkin inilah kebetulan. Bila di imbas kembali. Danish ada memberi satu lagu yang bertajuk Gadisku dalam Koma nyanyian The Times pada Niyaa pada awal mereka bersama yang ketika itu mereka berselisihan faham.
Hampir setiap hari,Danish akan datang ke hospital menemani Niyaa. Tetapi sikitpun tiada perubahan pada diri Niyaa. Niyaa terlantar saja atas katil tanpa bicara. Gelak tawanya itu pengubat duka. Danish amat rindukan itu. Perasaan sesal hinggap di jiwanya. Sedang Danish termenung,dia baru terperasan satu sampul surat. Cantik balutannya. Disebelahnya itu ada sweater kepunyaan Danish yang sudah dibasuh masih lagi wangi baunya. Lantas Danish membaca surat itu. Tersentap jiwa Danish ketika itu.

Assalammualaikum,
Kepada mak ayah,family,sahabat dan tak dilupa juga kekasih hati saya,Danish Almi.
Mungkin ketika kalian baca surat ini pasti ada sesuatu terjadi pada saya. Tak mengapa,usah bersedih semua. Saya pergi pun bukan ke mana. Menghadap Ilahi,kekasih abadi kita semua. Saya nak minta maaf pada semua apa yang telah dilakukan oleh saya ketika roh saya,nyawa saya ada dalam dunia ini. Terutama sekali mak ayah,terima kasih membesarkan Niyaa,Niyaa tak sangka Niyaa dapat sambung pelajaran sampai tahap ini. Lgi-lagi mak,Niyaa sayang mak,mak jangan sedih ya atas apa yang jadi.Niyaa saying semua.
Pada sahabat tercinta,
Jangan sesekali rasa kehilangan diriku ini. Belajarlah kerana Allah dan gapailah cita-cita kalian semua sampai lah ia membawa kebaikan di dunia dan di akhirat. Jangan sesekali tangisi pemergianku ini. Aku tetap sayang kalian semua. Korang lah sahabat terindah terbaik aku jumpa. Aku tak pantas dapat sahabat semulia korang semua. Maaf atas apa jua kesalahan dilakukan diri ini terhadap kalian.


Pada kekasih duniawiku tercinta,
Saya harap awak menemani saya saat-saat genting ini. Sungguh saya harapkan. Saya selalu berdoa agar saya pergi dengan adanya orang yang saya saynag di sisi ini. Indahnya Ya Allah. Saya harap awak dah sembuh dari sakit awak. Dalam hati ini sudah tertutup untuk lelaki lain kerana dirimu Danish sudah mencuri hati ini . Mungkin apa yang terjadi ini Allah menguji cinta kita. Saya tak kisah. Sudah memadai awak ada di hati saya. Saya tak rasa sikitpun lupa akan awak. Saya harap atas pemergian saya,awak dapat cari penganti saya. Awak ambillah semua hak awak berkan pada saya itu balik. Dia bukan peneman saya lagi ketika tidur kerana sekarang mungkin saya ditemani ayat-ayat suci Al-Quran. Subhanallah. Apa saya boleh katakan jangan sesekali kita lupa pada yang Esa. Ingat,rezeki,jodoh dan ajal kita Allah tentukan. Sekarang lihat di hadapan kamu? Siapa sedang melayari sakaratul maut? Janganlah kamu berputus asa menghadapi kehidupanmu walau ia perit mana pun. Berusaha dan bertawakal.

Akhir sekali ,kata-kata saya.Sayanglah orang menyayangi kita.Hargai mereka. Gembirakan hati mereka sebelum ia pergi.
Wassalam.

Yang ikhlas,
NiyaaAfiqah

Itulah isi surat itu. Deras air mata Danish ketika itu. Hendak saja dia memegang tangan Niyaa dan mengucup dahi Niyaa tapi apakan daya mereka tiada hubungan sah dalam syarak. Hanya tangisan membelenggu diri Danish yang cukup rasa bersalah ketika itu. Tiba-tiba kedengaran mesin hayat bertukar laju. Kelihatan pernafasan Niyaa tercungap-cungap. Danish panik lalu keluar mencari doktor.
Akhirnya,hanya surah Al-Fatihah yang boleh iringi Niyaa. Dania Afiqah,gadis comel yang riang.
“Andai Niyaa itu sempat menjadi suri hatiku,sudah tentu aku ingin menantinya di syurga sana.InsyaAllah.Tapi hanya doa aku dapat iringi dirimu sayang. Tiada ganti dirimu Niyaa.” Itulah desis hati Danish sebelum ia berlalu pergi dari tanh perkuburan.

8 comments:

  1. wahhh...true story made me sad..huhu

    ReplyDelete
  2. sangat sedih la nati..:)boleh jd writer terhebat..u ada talented

    ReplyDelete
  3. ann,bezla citer ko tapi cdey la ending dye...ak x ske la ending cdey2..ak ske happy ending..papepon,ak nanges sey bace story ni..~btw,it's a wonderful story..keep it up girl!

    ReplyDelete
  4. mesti ade kaitan dgn realiti kehidupan sendiri..tgok pd older post la kan..tp pasal kenyataan jodoh ajal semua di tangan tuhan..cerita hanya rekaan..untuk menarik kan jalan cerita..overoll..best . sikit banyak boleh sebak hati bace..wahhh komen ni ! hahahha

    ReplyDelete
  5. jalan ceriter yang sangat baik...boleh meruntun hati setiap orang terutamanya insan yang bergelar lelaki...keep it up!!!

    ReplyDelete